Kempen Internet Selamat MCMC x NADI
20 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 19 August 2025, MCMC dengan kerjasama NADI telah menganjurkan Kempen Internet Selamat bertempat di Koleh Vokasional, Kangar. Program ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar sekolah menengah tentang kepentingan keselamatan dalam talian dan bahaya dunia siber.
Program ini menggunakan pendekatan interaktif dan pembelajaran praktikal bagi menyampaikan mesej keselamatan digital dengan lebih berkesan dan mudah difahami oleh pelajar.
Antara isu-isu utama yang dibentangkan termasuklah:
Penyebaran Maklumat Palsu (Fakta vs Auta)
Remaja mudah terpengaruh dengan berita viral / maklumat tidak sahih di Internet tanpa menyemak sumber.
Risiko Pendedahan Maklumat Peribadi (Jejak Digital)
Remaja cenderung berkongsi maklumat peribadi di media sosial tanpa sedar kesan jangka panjang terhadap privasi, keselamatan dan reputasi.
Pengantunan Seksual Dalam Talian (Online Grooming)
Ancaman daripada individu yang menyamar di Internet untuk memperdaya remaja melalui manipulasi emosi dan kepercayaan.
Kurang Kawalan Kendiri & Pemikiran Kritis
Remaja mudah terjebak dengan trend, pengaruh rakan sebaya atau kandungan yang berisiko kerana kurang kemahiran menilai, berfikir kritis dan mengawal diri ketika berinteraksi di dunia digital.
Program ini juga menjadi platform strategik untuk memperkenalkan NADI kepada institusi pendidikan tinggi, sekali gus membuka ruang kerjasama masa depan. Ia turut berjaya mengukuhkan hubungan antara NADI dan komuniti, di samping menonjolkan peranan aktif NADI dalam menyampaikan ilmu serta kemahiran literasi digital kepada masyarakat akar umbi.
Secara keseluruhan, program ini telah mencapai objektifnya dalam menyampaikan mesej keselamatan internet dengan cara yang mesra, efektif dan sesuai dengan tahap pemahaman pelajar sekolah rendah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: